31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penganggur menyamar SPRM, cuba tunai cek RM30,000 ditahan

Mesti Baca

TAKTIK seorang penganggur yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan niat mencuri cek di sebuah masjid di Ampang, terbongkar selepas ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga bendahari masjid berkenaan pada 22 Januari lalu.

“Menurut pengadu, dia didatangi seorang lelaki tempatan jam 2 petang pada 19 Januari lalu, dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM dan mendakwa terdapat masalah dalam pengurusan akaun masjid.

“Suspek kemudian meminta pengadu mengeluarkan buku cek untuk semakan dan pemeriksaan sebelum beredar.

“Kira-kira jam 3 petang, hari sama, pengadu menerima panggilan telefon daripada pihak bank memaklumkan terdapat cek bernilai RM30,000 cuba ditunaikan, namun ditolak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Mohd Azam berkata, semakan dilakukan pengadu mendapati terdapat cek yang hilang selepas pemeriksaan dibuat oleh suspek.

“Susulan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 1.35 petang, kelmarin, semasa tampil bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah manakala ujian awal air kencing dilakukan didapati positif dadah jenis methaphetamin,” katanya.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 27 Januari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan