26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kejayaan Aaron-Wooi Yik, hadiah bermakna buat negara – PM

Hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, hari ini.

Beliau berkongsikan ucapan tahniah berkenaan dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya.

“Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara!

“Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022,” kongsinya hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengucapkan tahniah kepada beregu nombor satu negara itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kejurulatihan, para pegawai dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas kejayaan bersejarah itu.

“Apabila wujud semangat kebersamaan maka, tidak mustahil untuk kita mencapai kejayaan! Terima kasih buat barisan jurulatih, para pegawai, BAM dan semua pihak terlibat atas usaha yang dicurahkan selama ini.

“Syabas juga kepada BAM kerana terus memberi kepercayaan kepada pelapis muda dan ini merupakan satu tindakan tepat dalam kita melahirkan bintang bertaraf dunia,” katanya menerusi media sosialnya.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu, Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan bekas juara dunia 2015 dan 2019 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

Lebih manis kemenangan di Tokyo itu juga secara tidak langsung menamatkan kemarau kejuaraan mereka dalam kejohanan individu selepas mula digandingkan bersama pada 2017 serta penantian negara bagi bergelar juara dunia bagi beregu badminton.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan