25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Takwim persekolahan 2023 kekal – Radzi Jidin

Kembalikan takwim persekolahan seperti dahulu iaitu pada Januari memerlukan penelitian menyeluruh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAKWIM persekolahan sesi 2023 yang bermula Mac kekal selepas mengambil kira banyak faktor dan melakukan perbincangan serta penelitian yang mendalam.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, antara faktor diambil kira adalah risiko tinggi berlakunya banjir pada Disember yang dikhuatiri menyukarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di sebelah Pantai Timur membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Menurutnya, takwim asal dibuat hujung tahun namun untuk negeri di Pantai Timur, berlaku monsun timur laut dan kemungkinan berlaku banjir agak tinggi.

“Kita lihat cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menguruskan calon SPM waktu banjir malah ia lebih sukar berbanding ketika Covid-19.

“Apabila calon datang lewat maka ia akan menimbulkan perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan.

“Satu lagi sebab (kekalkan takwim) adalah kita mahu pastikan tempoh masa anak (calon SPM) tamat SPM tidak terlalu jauh dengan tempoh masa mereka menyambung pengajian supaya momentum untuk belajar masih ada,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di PPD Hulu Langat di Kajang, Selangor hari ini.

Hari Terbuka PPD sempena program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan turut diadakan secara serentak di seluruh negara.

Ditanya kemungkinan takwim sesi persekolahan kembali seperti dahulu iaitu pada Januari, Radzi memaklumkan perkara itu memerlukan penelitian menyeluruh.

“Apabila kita sudah bergerak ke hadapan, nak ke belakang balik menyukarkan semua pihak.

“Perlu analisis terperinci apakah yang terbaik untuk anak-anak kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan