31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Aaron-Wooi Yik lakar sejarah muncul juara dunia

Beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain badminton pertama berjaya bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia.

Kejayaan terbabit berjaya dilakar selepas beregu yang berada pada ranking keenam dunia itu mengalahkan pasangan dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra 21-19,21-14 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini gagal melepasi peringkat separuh akhir sebanyak enam kali tahun ini termasuk pada penampilan di Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.

Walaupun rekod pertemuan kedua-dua pasangan terbabit tidak memihak kepada beregu negara namun mereka membuktikan tiada apa yang mustahil untuk melakar kejayaan.

Malah, pertembungan set pertama menyaksikan Aaron-Wooi Yik yang satu ketika ketinggalan 12-16 mampu bangkit menyamakan kedudukan sebelum memenangi perlawanan itu dengan kiraan mata 21-19.

Kemenangan itu jelas sekali menyuntik semangat pasangan negara apabila mereka menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mendahului perlawanan.

Walaupun, pasangan Indonesia yang berada di ranking ketiga dunia cuba mengasak Aaron-Wooi Yik namun ternyata pertahanan beregu negara cukup kental sebelum memastikan kemenangan set kedua milik negara menerusi 21-14 Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau gelaran juara pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 terbabit sejak digandingkan pada 2017.

Mengikut rekod, kali terakhir beregu lelaki negara mara ke final kejohanan dunia adalah pada edisi 2010 di Paris yang menyaksikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun-Fu Haifeng dari China.

Pasangan berkenaan menamatkan badi terkandas di peringkat separuh akhir apabila muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan