29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Disangka babi hutan, pemburu tertembak rakan sendiri

Siasatan mendapati suspek mempunyai lesen sah membeli dan memiliki senjata itu, namun ia telah tamat tempoh sejak 30 Jun 2012.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesara tentera maut dipercayai ditembak rakan sendiri ketika keluar memburu babi hutan di kawasan hutan perkuburan lama Kampung Giam di Padawan, Kuching, Sarawak, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa, Gadin ak Gambong, 64, bersama adiknya serta dua rakan keluar berburu pada 8 pagi di hutan itu dengan membawa anjing.

Menurutnya, pada 11.30 pagi, mereka mengesan babi hutan pada jarak satu kilometer dan mengejarnya dengan bantuan anjing itu.

“Dua pemburu membawa anjing bagi mengepung binatang tersebut, manakala mangsa dan seorang lagi rakan menunggu di tempat jangkaan binatang buruan akan keluar.

“Pada 11.45 pagi, suspek berusia 70 tahun ternampak pergerakan seperti binatang dan dalam jarak 20 meter, suspek telah melepaskan tembakan.

“Menyangka binatang tersebut seperti mahu melarikan diri, suspek sekali lagi melepaskan tembakan kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Abang Zainal Abidin lagi, apabila suspek menghampiri dia mendapati bahawa telah tertembak rakannya dan menjerit bagi memanggil rakan lain untuk memaklumkan kejadian.

Menurutnya, seorang rakan berlari keluar dari hutan itu dan menghubungi anak mangsa untuk memaklumkan perkara itu kepada polis.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai lesen sah membeli dan memiliki senjata itu, namun ia telah tamat tempoh sejak 30 Jun 2012.

Menurutnya, suspek dan dua rakan ditahan untuk siasatan lanjut dan tiga laras senapang patah, dua kelongsong peluru telah digunakan tertera GB Buckshot dan sebutir peluru jenama Sellier dan Bellot 12 dirampas.

“Pemeriksaan awal forensik mendapati jarak suspek dengan mangsa dalam tembakan pertama adalah kira-kira 16 meter, manakala tembakan kedua dilepaskan daripada jarak tiga meter.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan lanjut, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan