27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kastam serbu kilang proses air zam zam palsu di Johor

Pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 238 botol bersaiz lima liter dipercayai berisi air zam zam palsu di premis berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menyerbu sebuah kilang haram yang memproses air zam zam palsu di Taman Ekoperniagaan 2, Senai Airport City, Senai, pada 15 Jun lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, premis berkenaan diserbu pada pukul 4 petang dan pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 238 botol bersaiz lima liter dipercayai berisi air zam zam palsu di premis berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menahan empat lelaki warga asing iaitu tiga warganegara Bangladesh dan seorang warganegara Yaman yang berusia antara 22 hingga 44 tahun untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang disita termasuklah air zam zam dipercayai palsu berkenaan berjumlah RM11,700,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM Johor, hari ini.

Ujar Sazali lagi, pihaknya juga telah mengenalpasti pemilik premis itu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia anggaran 40-an.

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menjadikan sebuah premis sebagai tempat pembungkusan air zam zam dipercayai palsu dengan menggaji pekerja asing bagi mengisi dan membungkus air berkenaan.

“Sindiket terbabit juga menggunakan bungkusan lain daripada bungkusan air zam zam yang biasanya diperoleh secara betul,” ujarnya.

-EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan