26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Fasiliti kesihatan swasta dibenar gaji jururawat asing – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FASILITI kesihatan swasta di negara ini dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA) bagi menampung kekurangan tenaga kerja jururawat di kedua-dua sektor awam dan swasta.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, JTWA yang diambil perlu menduduki ujian kelayakan Lembaga Jururawat Malaysia dan menduduki peperiksaan bagi Jururawat Asing Terlatih yang dikendalikan badan tersebut.

Namun katanya, pengambilan JTWA sah bagi tempoh 12 bulan sahaja mulai 1 Oktober sehingga 30 September 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA.

“Perkara in akan dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa. Bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti tersebut.

“Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, Zaliha berkata, KKM prihatin dan tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Sehubungan itu katanya, kementerian akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari institut pengajian tinggi secara berfasa bagi 2024 dan 2025.

Katanya, langkah ini diambil untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti KKM dan akan memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara.

“Kerajaan sentiasa cakna dan sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu berhubung perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Melalui kelonggaran kriteria pengambilan JTWA, diharapkan semua fasiliti kesihatan swasta akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan