27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dijangka siap 2026

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada tahun 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sehingga 30 Ogos lalu, kemajuan projek yang bernilai RM2.3 bilion itu mencapai 48.74 peratus.

“Di mana enam projek di dalam fasa pembinaan dan dua projek telah disiapkan melibatkan jajaran Pasir Hor ke Kadok sepanjang 10.5 kilometer (km) dan jajaran Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 km,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian dalam Pergulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Mesyuarat Khas Penggal Kedua.

Advertisements

Katanya, projek Lebuh Raya KBKK merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam memastikan infrastruktur awam dapat disediakan bagi memenuhi keperluan semasa negara terutamanya rakyat di negeri Kelantan.

“Antara objektif utama pembinaan laluan ini adalah untuk menyediakan infrastruktur berkualiti di luar bandar, meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti laluan ke Pantai Timur, menjimatkan masa dan jarak perjalanan serta mengurangkan risiko kemalangan.

“Projek ini telah dirancang di dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10) dan pembinaan telah bermula pada tahun 2014 secara berperingkat dan kini berada dalam fasa pembinaan yang pesat.

“Projek sepanjang 70.4 km ini bermula dari Pasir Hor ke Kuala Krai dan dibahagikan kepada tiga pakej utama rekabentuk yang seterusnya dilaksanakan di tapak menerusi lapan subkontrak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan