27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Wanita hilang kaki dan tangan kerana ikan tilapia

Mesti Baca

SEORANG wanita dari Amerika Syarikat (AS) hilang ke semua tangan dan kakinya selepas mengalami jangkitan kuman akibat memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak dengan sempurna.

The Straits Times melaporkan, Laura Barajas, 40, dari San Jose, California, menjalani pembedahan kecemasan Rabu lalu, selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan ketika melawan jangkitan dengan tangan dan kakinya yang sudah dipotong.

Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, sakit beberapa hari selepas memasak dan memakan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan, pada akhir Julai lalu.

“Dia hampir kehilangan nyawanya. Dia menggunakan alat pernafasan serta koma.

“Jari, kaki dan bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” kata Messina kepada stesen berita tempatan, Kron4.

Messina percaya jangkitan itu disebabkan oleh Vibrio vulnificus, bakteria yang diberi amaran oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada 1 September lalu.

Advertisements

Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang masak atau mendedahkan luka kepada air laut.

Tambah CDC, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan itu dilaporkan setiap tahun di AS dan kira-kira satu daripada lima individu yang dijangkiti, meninggal dunia.

Messina berkata, dia dan keluarga Barajas masih berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dan berharap orang ramai menyedari betapa berharganya kehidupan.

Sementara itu, Messina berusaha mengumpul dana buat Barajas menerusi halaman GoFundMe untuk membantu menanggung perbelanjaan perubatan rakannya.

Sehingga kini, lebih AS$35,000 (kira-kira RM164,045) sudah dikumpul hasil usaha Messina. – Agensi

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan