36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

200 tan ikan tilapia dan emas mati di Agam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 200 tan ikan jenis tilapia dan emas mati di Tasik Maninjau di Agam, Sumatera Barat.

Memetik agensi, fenomena itu dikaitkan dengan keadaan cuaca buruk iaitu hujan dan angin kencang yang melanda daerah itu pada minggu lalu.

Pegawai Perikanan Tanjungraya, Asrul Deni Putra berkata, kematian jutaan tan ikan itu berlaku di dua perkampungan, iaitu Nagari Tanjung dan Nagari Koto.

Katanya, kesemua ikan tersebut diternak penduduk kampung sebagai sumber pendapatan mereka.

Hujan lebat dan angin kencang yang berlaku menyebabkan perubahan air di dasar tasik tersebut.

“Perubahan arus menyebabkan sisa makanan yang dicemari amonia dan terkumpul di dasar tasik timbul ke atas, lalu meracuni ikan dalam sangkar,” katanya.

Jelas Asrul, kesemua ikan tersebut mati dalam tempoh beberapa jam selepas hujan lebat berlaku.

Terdahulu, pihak berkuasa menasihatkan para nelayan menghentikan sementara aktiviti menabur benih ikan susulan cuaca buruk yang dijangka berlangsung sehingga Januari depan.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan