26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Nor Yati dilantik Akauntan Negara baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JANM menerusi kenyataan berkata, surat pelantikan telah disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya hari ini.

Katanya, pelantikan itu bagi menggantikan ANM sebelum ini yang telah tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lalu.

“Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini berkelulusan Master Of Accountancy And Finance dari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Beliau berpengalaman sebagai penjawat awam lebih dari 27 tahun apabila mula menyertai sektor awam pada tahun 1995 sebagai Akauntan gred W3 di JANM cawangan Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nor Yati juga pernah berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Perbendaharaan Negeri Selangor dari 2002 hingga 2009.

Advertisements

JANM berkata, perkhidmatan cemerlang Nor Yati diakui apabila menerima
Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) (Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalid Yaakob,) pada 2004.

Menurut JANM, sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), beliau telah berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) JANM sejak 2011 dan dilantik sebagai pengarahnya pada tahun 2018.

“Selain menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Certified Public Accountant Australia (CPAust), beliau juga menjadi salah seorang ahli lembaga dalam International Public Sector Accounting Standards Board (IPSASB).

“Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Piawaian Perakaunan Kerajaan yang mengeluarkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) yang sedang dan akan digunakan sektor awam dalam penyediaan penyata kewangan tahunan masing-masing.

“Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Penggubalan Piawaian Perakaunan Islam untuk Waqaf, Zakat dan Baitulmal dan beliau juga pernah menjadi wakil kepada ANM di dalam Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB),” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan