30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lagu lebih popular, Fadhilah Intan tidak kecil hati

Mesti Baca

PENYANYI Indonesia yang semakin dikenali menerusi lagu Dawai, Fadhilah Intan tidak berkecil hati apabila peminat lebih mengenali lagu berkenaan berbanding dirinya.

Fadhilah, 25, berkata, lagu Dawai terlebih dahulu popular di Malaysia dan peminat sering memanggilnya dengan nama ‘Dawai’.

“Tidak saya nafikan lagu Dawai sangat memberi kesan kepada kehidupan saya sejak ia popular.

“Meskipun pada awal peminat tidak tahu nama saya dan mereka hanya memanggil ‘Dawai’ saya gembira kerana lagu itu dikenali.

“Tidak hanya di Indonesia, malah lagu ini juga sangat popular di Malaysia dan saya sangat gembira atas sambutan yang diterima,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang, baru-baru ini.

Berasal dari Surabaya, Fadhilah mengakui lagu Dawai sangat memberi impak apabila dia semakin banyak menerima pelbagai jemputan untuk membuat persembahan termasuk menjadi tetamu dalam program televisyen (TV).

“Sebelum adanya lagu Dawai, tawaran nyanyian saya terima tidak banyak. Kadang-kadang hanya dua atau tiga kali sahaja dalam tiga bulan.

“Sejak lagu Dawai popular tawaran semakin banyak hampir 10 jemputan saya terima dalam sebulan.

Advertisements

“Malah tidak sangka ditawarkan menyanyi hingga ke Malaysia dan bakal menjayakan konsert di Pulau Pinang tidak lama lagi,” katanya.

Fadhilah berkata, dia juga tidak sabar untuk melancarkan dua single baharunya tidak lama lagi.

“Saya sudah ada dua single baharu dan baru sahaja selesai rakaman beberapa hari lalu. Mungkin ia akan dilancarkan pada Februari ini,” katanya.

Mengulas pembabitannya dalam Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang bersama Wali Band, Fadhilah mengganggap ia adalah peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan.

“Saya anggap ini kesempatan terbaik apabila dapat membuat persembahan di Malaysia.

“Sebelum ini, saya adalah pencipta kandungan di media sosial, tetapi sekarang sudah lebih dikenali sebagai penyanyi,” katanya.

Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang dianjurkan oleh Orange International turut menampilkan Khai Bahar dan Saixse yang akan berlangsung di Spice Arena, Pulau Pinang pada 3 Februari depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan