Lastik!Slider Updated: 25 January 2023 Usah berhenti banteras peniaga haram warga asing By Editor Edisi 9 25 January 2023 893 0 Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Mesti Baca UmumEditor Edisi 9 - 9 January 2025Malaysia mulakan 2025 dengan kukuhkan kerjasama serantau Editor Edisi 9Editor Edisi 9 Penguatkuasa DBKL menyita gerai penjaja haram milik warga asing dalam satu serbuan di ibu negara baru-baru ini. - Foto: FB DBKL SYABAS dan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana sejak akhir-akhir ini begitu agresif menyerbu dan menyita premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di sekitar ibu negara.Memang isu peniaga dan penjaja warga asing di negara ini begitu merimaskan. Ia bukan sahaja menjejaskan periuk nasi warga tempatan malahan mencemarkan imej ibu negara.Penulis sebenarnya sudah lama tidak selesa jika ke Kenanga Wholesale City (KWC) kerana rata-rata yang berniaga pakaian di situ terdiri kalangan warga Bangladesh.Masuk sahaja KWC seolah-olah kita memasuki gedung perniagaan di Dhaka dan bukannya di Kuala Lumpur.Jika ke Plaza Low Yat, tempat jualan barangan digital pula kita seolah-olah berada di Karachi kerana warga Pakistan menguasai perniagaan komputer di situ.Manakala jika kita ke pasar-pasar borong dan pasar awam pula seolah-olah berada di Surabaya atau Madura apabila peniaga warga Indonesia pula memenuhi setiap ruang.Penulis tertanya-tanya kenapa para warga asing ini begitu mudah dan bebas menjalankan perniagaan di negara kita sedangkan kalau kita ke negara mereka, sudah tentu akan diburu sehingga ke lubang cacing jika menyalahi visa.Apakah orang kita terlalu baik sehingga membenarkan warga asing ‘mencari makan’ dengan cara berniaga atau kerana lemahnya penguatkuasaan atau kita ketiadaan sistem yang efisyen untuk mengawal kegiatan mereka? Advertisements Penulis tahu ada dalam kalangan peniaga kita mengambil jalan mudah untuk meraih keuntungan dengan membenarkan warga asing menyewa premis-premis perniagaan mereka.Yelah, tak perlu susah-susah untuk berniaga. Sewakan sahaja kepada warga asing ini dan mereka dapat keuntungan di atas angin.Bila kerajaan tidak memberi warga tempatan ini tapak berniaga dituduhnya tidak mahu membantu atau menganiaya peniaga tempatan.Tapi apabila diberikan tempat, disewakan pula kepada warga asing. Begitulah sikap sebahagian warga kita.Berbeza dengan warga asing yang memang sedar bukan mudah untuk mencari makan di negara orang, justeru mereka mengambil peluang atas ‘kebaikan’ orang kita dan kelemahan sistem dan penguatkuasa.Malahan ada dalam kalangan warga asing ini sudah bergelar jutawan hasil daripada berniaga yang bermula secara haram.Sebab itulah penulis memuji tindakan DBKL yang terus-menerus menyerbu, menyita dan menutup perniagaan dan penjajaan oleh warga asing ini.Dan penulis berharap langkah sama dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lain terutama di sekitar Lembah Klang agar warga asing ini tidak diberi muka untuk sewenang-wenang menjalankan perniagaan. – Edisi 9Related posts:Sifat 20: Mengapa perlu berdalil dalam soal beragamaKrisis keseimbangan kerja-kehidupan diatasi melalui EIPenggunaan NDI sebagai ukuran kemiskinan di MalaysiaTanggungjawab antara keterjaminan makanan dan isu halalSistem penilaian murid di sekolah adalah ibrah dari al-Quran Advertisements TagsDBKLPendapatPeniaga asing Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Previous articleLelaki warga asing ditahan cuba intai pelajar wanita mandiNext articleDuit sedekah PAS banyak lagi, boleh guna PRN – sindir Puad Terkini UmumWartawan Edisi 9 - 13 January 202593,625 duduki ujian masuk MRSM, untuk isi 8,909 tempat SERAMAI 93,625 pelajar telah menduduki Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) untuk mengisi 8,909 tempat bagi pengambilan... Bisnes TMT dilantik peruncit sah Starlink di Malaysia Wartawan Edisi 9 - 13 January 2025 Umum Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah Wartawan Edisi 9 - 12 January 2025 Sukan Peruntukan Harimau Malaya ditambah kepada RM30 juta – Anwar Wartawan Edisi 9 - 12 January 2025 Umum Bencana kebakaran di Los Angeles: 14 pelajar Malaysia terkesan Wartawan Edisi 9 - 12 January 2025 Lagi Artikel Berkaitan Benci sekali pun, usah simbah cuka pada luka Faisal Halim Lastik! Editor - 13 June 2024 Bila ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak… Lastik! Editor - 6 May 2024 SPRM akan panggil empat Ahli Parlimen PN sokong PM Slider Sharieza Ismail - 16 November 2023 Bekas menteri agama lelong jam Rolex untuk Palestin Slider Sharieza Ismail - 30 October 2023