Thursday, June 18, 2026

Lelaki warga asing ditahan cuba intai pelajar wanita mandi

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudian merakam perbuatan suspek sebelum cuba menangkap lelaki berkenaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki warga asing mengintai jiran mandi menerima padah apabila dia ditahan polis, petang tadi.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pukul 4 petang di sebuah kondominium di Cyberjaya selepas dipercayai melakukan perbuatan tersebut ke atas seorang pelajar warga asing.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang juga pelajar sebuah kolej universiti berusia 20 tahun melaporkan kejadian itu kepada polis pukul 2 petang tadi.

Beliau berkata, kejadian itu disedari jiran mangsa yang mendakwa sempat melihat suspek memanjat ruang tepi berdekatan tandas rumah mangsa untuk mengintai.

“Saksi juga mendakwa suspek turut membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai. Bagaimanapun, mangsa tiada di rumah ketika itu.

“Saksi turut melihat suspek melarikan sehelai seluar milik mangsa. Saksi turut sempat merakam perbuatan suspek menggunakan telefon pintar. Saksi juga cuba mengejar suspek, namun suspek sempat melarikan diri sambil memegang sesuatu,” katanya hari ini.

Katanya, suspek turut ditahan bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam serta sebuah telefon bimbit.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 atau 379 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati, suspek adalah seorang pelajar dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Video asal perbuatan suspek sempat dikongsi menerusi aplikasi TikTok sebelum tular petang tadi.– Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan