30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Duit sedekah PAS banyak lagi, boleh guna PRN – sindir Puad

Oleh kerana belum ada tindakan terhadap sedekah PAS, sudah tentu PAS akan melipat-gandakan sedekah di PRN akan datang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“BAKI duit sedekah PAS banyak lagi, sudah tentu PAS akan melipat-gandakan sedekah di PRN enam negeri akan datang,” sindir Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, setakat ini PAS belum didapati bersalah oleh pihak berkuasa atas perbuatan memberi ‘sedekah’ kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Sehubungan itu beliau mendakwa PAS dijangka akan meneruskan amalan itu pada PRN akan datang berikutan didakwa memiliki banyak wang untuk tujuan tersebut.

“Oleh kerana belum ada tindakan terhadap sedekah PAS, sudah tentu PAS akan melipat-gandakan sedekah di PRN akan datang.

“Apatah lagi PAS masih banyak duit untuk disedekahkan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Gabungan UMNO, Pas, Bersatu lebih kuat umpama seberkas lidi - MB

Kata Puad, menurut pemimpin PAS, aktiviti mengedar tin milo sudah lama dibuat.

“Ia bantu PAS kumpul duit mungkin bilion ringgit untuk disedekahkan,” katanya.

Berikutan itu, beliau mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan keras bagi memastikan amalan ‘sedekah’ PAS tidak berterusan pada PRN enam negeri nanti.

“Oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kata sedekah waktu pilihanraya adalah rasuah, maka diharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM bertindak keras terhadap aktiviti sedekah PAS semasa PRN nanti,” katanya.

Polemik memancing undi menggunakan wang disifatkan sebagai sedekah tercetus apabila Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ia bukan amalan rasuah, sebaliknya pemberian ‘sedekah’ itu adalah hak orang awam untuk memberikannya kepada pengundi parti itu.

Baca juga:   Tak tiru PN, manifesto BN ikut realiti dan keperluan rakyat

Sebelum itu, Barisan Nasional (BN) Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk mentafsirkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan maksud pembelian undi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan