32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Warga Bangla selamba jual buah, sayur di kaki lima ibu kota

Mesti Baca

MEREKA ingat Kuala Lumpur ini seperti negara mereka apabila dengan selamba membuka jualan di kaki-kaki lima di tengah kota raya, terutama di kawasan tumpuan umum.

Tindakan warga asing yang tidak mempedulikan peraturan bahawa mereka tidak boleh berniaga di negara ini, apatah lagi di kaki lima sehingga mencemarkan keindahan Kuala Lumpur dilanggar begitu sahaja tanpa sedikit pun rasa gerun.

Walaupun tindakan demi tindakan diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun aktiviti perniagaan oleh warga asing masih berleluasa.

Terbaharu seorang Bangladesh didapati menjalankan aktiviti menjaja buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Advertisements

Menurut DBKL menerui Facebook, lelaki Bangladesh itu didapati menjalankan aktiviti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran ketika anggota penguat kuasa menjalankan rondaan.

“Tindakan sitaan tersebut dijalankan semasa anggota penguatkuasa menjalankan rondaan di kawasan tersebut dan mendapati terdapat 1 orang lelaki warganegara Bangladesh sedang menjalankan aktiviti penjaan buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima.

DBKL berkata, kesemua barangan jualan tersebut telah dibawa ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharha. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan