30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Kontraktor bermasalah punca padang MRSM SAS gagal disiapkan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

MASALAH kewangan dan kelemahan pengurusan oleh kontraktor yang dilantik dikenal pasti menjadi punca projek pembangunan padang sintetik dan trek Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah (MRSM SAS), Kuala Kangsar terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengadakan lawatan mengejut ke MRSM tersebut berkata, projek itu sepatutnya siap pada November 2022 namun kontraktor terbabit gagal menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya berpendirian tindakan tegas mesti diambil terhadap isu-isu seperti ini kerana ia melibatkan keselesaan para pelajar dan guru serta aspek-aspek keselamatan di sekolah.

“Insya-Allah, saya sudah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menyelesaikan kes ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Asyraf Wajdi berkata, beliau sebelum ini telah menerima pesanan daripada pelajar MRSM tersebut berhubung padang yang dijanjikan tidak siap.

Malahan katanya, ada media yang sudah melaporkan tentang rungutan ibu bapa dan masyarakat berhubung perkara itu sebelum ini.

“Justeru hari ini saya membuat lawatan mengejut bagi meninjau sendiri keadaan di sini. Pihak MRSM hanya dimaklumkan setengah jam sebelum saya sampai.

“Sempat juga meninjau keadaan padang dan bermesra dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Dewan Besar yang kebetulan ada program pembentangan kerja projek tahun akhir,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan