31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

50 kes tangkapan selepas seminggu Op Khas Pagar Laut

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatatkan 50 kes tangkapan bagi pelbagai kesalahan dengan nilai dianggarkan lebih RM4.5 juta bagi seminggu pelaksanaan Op Khas Pagar Laut 1/2024 di seluruh perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kes-kes tangkapan adalah bagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Ketika meninjau operasi tersebut di perairan Sabah, beliau berkata, daripada jumlah tersebut, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 16 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM400 di bawah undang-undang yang sama.

“Operasi ini diaktifkan semula di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan titik panas pada bulan Ramadan dan Syawal,” katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik serta Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus.

Operasi khas ini dilaksanakan dalam empat fasa iaitu bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 Mac hingga 17 Mac 2024 diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April).

Advertisements

Seterusnya Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 April hingga 16 April) dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April).

Hamid berkata, kejayaan yang dicatatkan adalah bukti para pegawai dan anggota Agensi ini melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan komitmen tinggi serta berintegriti.

Justeru beliau menyeru agar seluruh warga Maritim Malaysia meneruskan momentum berkenaan agar tanggungjawab yang digalas ini terus mendapat kepercayaan Kerajaan seterusnya keselamatan dan ketenteraman rakyat terjaga khususnya ketika menjelang lebaran nanti.

Pada sesi tinjuaan tersebut, Hamid turut menyampaikan bingkisan raya kepada warga Kapal Maritim (KM) ARAU melalui Pegawai Memerintahnya Kepten Maritim Solehudin bin Zakaria serta Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal Maritim yang menjalankan operasi berkenaan di Sabah .

Melalui bingkisan yang disampaikan ini, beliau berharap ia dapat menceriakan pegawai dan anggota KM ARAU yang kini bertugas berjauhan daripada keluarga sempena perayaan kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan