26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Maritim Malaysia tahan bot bawa 375 liter petrol tanpa permit

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot pancung yang membawa 15 tong berisi 375 liter petrol tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd. Zuki berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, melihat kejadian tersebut, pihaknya kemudian mengarahkan bot suspek berhenti untuk pemeriksaan.

“Bot terbabit tidak memberikan kerjasama dan memecut laju sambil bertindak membuang 15 tong disyaki berisi petrol ke laut.

“Bot suspek kemudiannya menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Zainudin berkata, hasil pemeriksaan menemukan bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Katanya, nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah sekitar RM16,000.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Zon Maritim Sandakan turut menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu nama nakhoda tidak sama dengan lesen bot tersebut, Isnin lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan