24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Gara-gara tarian Garba, 10 orang maut terkena serangan jantung

Mesti Baca

SEKURANG-kurangnya 10 orang maut akibat serangan jantung di Gujarat, barat India ketika melakukan tarian Garba yang diadakan sempena perayaan Hindu Navratri, lapor media tempatan hari ini.

Kematian itu membabitkan golongan belia dan paling muda berusia 13 tahun berasal dari Dabhoi di daerah Vadodara.

Saluran berita tempatan memaklumkan, lebih 500 panggilan telefon kepada ambulans diterima dalam tempoh 24 jam sehingga kerajaan mengeluarkan arahan kepada penganjur untuk mengambil sebarang langkah perlu termasuk menyediakan ambulans bagi membawa orang ramai ke hospital jika mereka berasa tidak sihat.

Tarian tradisional Gujarat Garba adalah antara ciri utama perayaan Navratri yang berlangsung selama sembilan malam mulai 15 Oktober lalu dan ia sering dilakukan terutamanya di Gujarat.

Advertisements

Kerajaan tempatan Gujarat sudah mengeluarkan amaran kepada semua hospital awam dan pusat kesihatan masyarakat yang berdekatan dengan tapak Garba untuk memastikan mereka sentiasa berjaga-jaga.

Doktor turut menasihatkan mereka yang bersuka ria untuk mengelak bermain Garba dalam tempoh yang lama tanpa berehat.

Penganjur acara juga diminta untuk menyimpan defibrilator luaran automatik yang boleh membantu menyelamatkan nyawa dalam situasi sedemikian dan juga mempunyai beberapa orang yang dilatih untuk memberi bantuan pernafasan (CPR) ditempatkan di tempat kejadian. -Agensi

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan