26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua maut dalam kemalangan dua kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta di Jalan Pinggiran Putra, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu dan penumpang yang menaiki Proton Wira dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.07 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Pasukan bomba melakukan kerja-kerja membawa keluar mangsa dari kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi.- FOTO: hsan Bomba

“Setiba di lokasi, kemalangan membabitkan sebuah proton wira dan sebuah van.

“Daripada siasatan awal mendapati, proton wira yang dinaiki kedua-dua mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar van berkenaan.

Advertisements

“Akibat rempuhan itu, dua mangsa dalam kereta terbabit iaitu seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an maut dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu van iaitu seorang lelaki dianggarkan berusia 50-an terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan