32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, guna kru asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKIBAT gagal mengemukakan permit kerja yang sah atau sebarang dokumen kebenaran untuk bekerja di atas bot, Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan di perairan Selangor awal pagi tadi.

Penahanan dilakukan ketika bot berkenaan yang dikesan dalam keadaan mencurigakan itu sedang melakukan aktiviti perikanan di sekitar perairan Kuala Sungai Selangor sekitar jam 1.20 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali berkata, bot nelayan itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dalam Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris pada kedudukan lebih kurang 4.2 batu nautika barat Kuala Sungai Selangor.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot nelayan itu dikendalikan empat warga Myanmar berumur lingkungan 18 tahun hingga 36 tahun,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot nelayan berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen.

“Suspek didapati menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan