27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Konsep pendigitalan harus diperkasa termasuk di LLM

LLM juga perlu lebih prihatin terhadap model Kawasan Rehat & Rawat yang lebih dinamik, lestari dan mesra pengguna di setiap lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONSEP pendigitalan harus diperkasakan bukan sahaja dalam budaya kerja warga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), malah setiap produk di bawah seliaan LLM.

Perkara itu menjadi aspirasi Pengerusi baharu LLM, Datuk Jalaluddin Alias semasa Lawatan ke Pusat Pengurusan Trafik, LLM hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengajak warga LLM untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai suatu mekanisme baharu untuk kita membuat penyampaian berkesan kepada stakeholder dan manfaat kepada masyarakat.

“Warga LLM harus lebih aktif berkarya di dalam media sosial agar masyarakat
mampu mengetahui dengan lebih dekat mengenai hala tuju LLM,”katanya.

Katanya, beliau memandang ke hadapan dalam membawa transformasi terhadap LLM bagi mendepani cabaran yang makin kompleks dan merumitkan, terutama yang melibatkan masyarakat di negara ini yang menggunakan perkhidmatan lebuh raya sebagai jaringan pengangkutan utama mereka melakukan aktiviti ekonomi, sosial, budaya dan pelbagai lagi.

Advertisements

“Justeru, LLM wajar mencambahkan memorandum kerjasama dengan institut-institut pengajian tinggi dan pihak-pihak berkepakaran dalam menjalankan proses penyelidikan, pembangunan, komersil dan pembangunan terhadap kejuruteraan serta penyelenggaraan lebuh raya yang lebih efisien.

“LLM juga perlu lebih prihatin terhadap model Kawasan Rehat & Rawat yang lebih dinamik, lestari dan mesra pengguna di setiap lebuh raya di negara ini.

“Walau bagaimanapun, saya lebih peka dan mementingkan soal kebersihan dan keselamatan para pengguna terutama ketika waktu-waktu puncak.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas kepada LLM kerana telah mengorak langkah dalam mengembangkan inovasi dan menuju ke arah ‘smart highway’,”katanya.

Ujar beliau, semoga LLM terus berkembang maju dan menjadi sebuah badan berkanun yang cemerlang dalam memberi manfaat kepada rakyat.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan