29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Wanita warga India, rakan sekerja dituduh bunuh suami

Mereka didakwa bersama-sama membunuh Arshdeep Singh juga warga India di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada 31 Oktober 2021.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga India bersama rakan lelaki sekerja didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tuduhan membunuh suaminya, dua tahun lalu.

Lachhami Devi, 23, dan Varun Kumar, 30, yang memakai baju-T berwarna hitam, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang juga warga India kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah membunuh Arshdeep Singh, 25, (warga India) di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad sementara Lachhami tidak diwakili peguam.

Seorang lagi tertuduh, Varun diwakili peguam, Dr Pritam Singh Doal.

Tiada ikat jamin dibenarkan dan mahkamah menetapkan 14 April depan bagi sebutan semula kes.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan