28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Waris Sultan Sulu buat tuntutan lagi, Petronas tegas pertahan hak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Sulu kini sedang berusaha menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion mereka peroleh terhadap Malaysia dalam isu tuntutan bagi anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di di Luxembourg (Luxcos).

Memetik laporan Reuters, tindakan itu adalah menurut peguam waris terbabit serta dokumen mahkamah yang dilihat.

Semalam, laporan Reuters bertajuk ‘Petronas units in Luxembourg seized again in AS$15 billion arbitration dispute,’ yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.

Bagaimanapun, Petronas dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.

“Kesemua usaha kini menumpukan kepada Prosiding Pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan,” katanya hari ini.

Unit Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus pertama kali dirampas pada Julai 2022.

Advertisements

Selasa lalu, mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Tuntutan waris kumpulan itu terhadap Malaysia mengenai hak penguasaan kawasan itu yang dikatakan sudah dimeterai pada zaman kolonial.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Dewan Rakyat menjelaskan, keputusan permohonan rayuan oleh Malaysia terhadap perintah Mahkamah Peranci bertarikh 29 September lalu dijangka akan dikeluarkan pada Jun ini.

Januari lalu, Azalina dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan.

Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan