Wednesday, July 22, 2026

Anwar jamin akan muktamadkan isu Petronas dan Petros 

Perbincangan lanjut bagi memuktamadkan perkara itu akan diatur sebaik sahaja Abang Johari kembali dari lawatan rasmi ke London.

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memuktamadkan isu membabitkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan segera.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengadakan pertemuan dengan Premium Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg di Putrajaya, semalam.

Anwar berkata, beliau yakin isu membabitkan dua syarikat minyak dan gas itu akan dapat dirungkai dengan berhemah.

Sehubungan itu, Anwar menggesa semua pihak menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar kepentingan bersama.

Beliau berkata, perbincangan lanjut bagi memuktamadkan perkara itu akan diatur sebaik sahaja Abang Johari kembali dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom.

“Saya berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak, semalam mengenai urusan PETRONAS-PETROS berdasarkan prinsip yang disepakati sebelum ini. 

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), atas dakwaan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016. 

Melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, kerajaan negeri mendakwa sebuah loji kendalian PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) yang menyentuh aktiviti pembinaan, penyelenggaraan serta pengurusan saluran paip dan peralatan gas asli, telah beroperasi tanpa permit sah di bawah undang-undang. 

Petronas sebelum ini mengesahkan anak syarikatnya, PCSB menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April lalu, berhubung pemprosesan dan pengedaran gas. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan