30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia, Singapura sedia kongsi kepakaran pertanian moden

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Singapura bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu antara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur kelmarin.

Menurutnya, pertemuan itu penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan.

“Kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura. Pada masa sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia.

“Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakarannya dalam bidang pertanian pintar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohamad, Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan