31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Balai Bukit Damansara tak wujud, hanya Pondok Polis Komuniti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menafikan dakwaan seorang lelaki tidak dibenar membuat laporan di Balai Polis Bukit Damansara, Kuala Lumpur berhubung satu kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, Bukit Damansara tidak mempunyai balai polis yang dimaksudkan sebaliknya hanya sebuah Pondok Polis Komuniti yang sudah ditutup sejak 2010 lalu.

Sehubungan itu, menurut beliau, dakwaan lelaki berkenaan berhubung isu tersebut menerusi ciapan di Twitter tersebut dianggap satu fitnah dan pihaknya akan membuat laporan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, pihaknya mengesan ciapan tersebut yang dimuat naik pada pukul 9.58 malam 15 Februari lalu menggunakan akaun Twitter dikenali sebagai @ManiamMKM.

“Pengguna Twitter itu mendakwa terdapat satu kemalangan di Bukit Damansara dan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di ‘Balai Bukit Damansara’ serta diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah.

“Hasil siasatan mendapati ‘Balai Bukit Damansara’ yang dimaksudkan ialah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang ditutup sejak 2010 dan tidak beroperasi lagi.

“Pondok berkenaan telah diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada 2011,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Amihizam berkata, pengguna twitter berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan