24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

MN NS bantah menamakan jalan dengan nama pengasas DAP

Kerajaan negeri perlu menarik balik keputusan menamakan nama jalan dengan tokoh yang tidak sepatutnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUAFAKAT Nasional (MN) Negeri Sembilan membantah tindakan kerajaan negeri menamakan jalan di Bandar Seremban dengan nama pengasas DAP, Dr Chen Man Hin.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin, berkata, apa alasan dan jasa mendiang Man Hin untuk dirakamkan namanya atas nama salah satu jalan di Seremban.

“Pengasas DAP itu mungkin berjasa kepada DAP tetapi bukan masyarakat Negeri Sembilan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, jasa mendiang yang hanya berkisar sebagai pengasas DAP bagi menampung penyokong PAP selepas kejayaan PAP membawa Singapura keluar dari Malaysia.

“Mendiang juga di sebalik Deklarasi Setapak 1967 yang menjadi teras DAP di mana tanpa selindung menjadi teras perjuangan Malaysian Malaysia dan perjuangan menghapus bumiputera dengan konsep sama rata mereka.

“Ia sangat bertentangan dengan semangat Malaysia hari ini maka timbul juga persoalan adakah ini cara senjata Malaysia Madani mengiktiraf usaha melenyapkan hak Bumiputera,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menarik balik keputusan menamakan nama jalan dengan tokoh yang tidak sepatutnya.

“Lebih malang lagi untuk mengaburi dan menghalalkan tindakan kerajaan yang dikawal DAP telah turur menyeret menukar nama Jalan Sikamat kepada nama Almarhum Sheikh Mohd Murtadza Ahmad. Seorang bekas mufti yang sangat berjasa di rantau ini.

Advertisements

“Tindakan ini seolah menyamakan taraf Almarhum Sheikh Mohd Murtadza dengan mendiang Chen Man Hin.

“Jika hendak namakan nama jalan dengan nama ahli politik Negeri Sembilan lebih baik angkat nama Arwah Datuk Ishak Ismail yang jauh banyak jasanya dengan ketegasan prinsipnya,” katanya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, menukar nama jalan ini hanya retorik politik yang tidak perlu dilakukan pada masa ini.

“Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan patut bincang banyak perkara penting khususnya bagaimana mengurangkan tekanan hidup yang sangat mendesak rakyat,” katanya.

Media melaporkan, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama dua jalan utama di bandar itu kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilaporkan berkata Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.

Manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan