26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

13 cawangan UMNO Jempol bantah pemilihan calon BN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSIAPAN Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU15 terus menerima tamparan apabila protes demi protes dilakukan ekoran penyokong tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Terbaharu di Parlimen Jempol apabila 13 bilik gerakan di 13 UMNO cawangan di kawasan Parlimen berkenaan dilaporkan ditutup.

Tindakan itu dilakukan kerana dipercayai ahli-ahli UMNO cawangan terbabit tidak puas terhadap dengan calon BN bagi Parlimen Jempol yang dikatakan bukan orang pilihan.

Bilik gerakan UMNO cawangan yang dikatakan ditutup ialah Batu Kikir Timir, Kampung Gajah Mati, Kampung Kuala Kepis, Batu Kikir Pekan, Taman Melor, Rompin, Serting Hilir, Palong 13, Serting Hilir 7, Taman Seri Serting, Taman Seri Rompin, Serting Hilir 1 dan Palong 10.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang juga penyandang kerusi berkenaan dikatakan tidak dicalonkan.

Sebelum ini, dilaporkan beberapa bilik gerakan BN Parlimen Arau juga mulai ditutup, bermula semalam, rentetan desas-desus penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU15.

Tidak kurang juga, Barisan Nasional (BN) Parlimen Tenggara yang menyuarakan kebimbangan jika penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak dicalonkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan