24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Halal DAP rancangan pemimpin UMNO sebelum PRU15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan parti itu sebenarnya sudah menggerakkan langkah penerimaan DAP sebagai rakan sekutu dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Dakwa beliau, tindakan itu sudah dirancang dan ia dibuktikan apabila ada perkiraan untuk membentuk jajaran baharu semata-mata untuk memberikan sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

“Penerimaan DAP ini dirancang oleh pemimpin tertentu dalam UMNO, dua tahun sebelum pilihan raya lagi. Jadi kita akan ceritakan yang sebenarnya nanti jika perlu kita terpaksa dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Dua tahun lepas lagi sebelum PRU sudah dibuat perkiraan perhitungan jajaran baru untuk beri sokongan pada DAP sedangkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tak diberitahu.

“Jangan sekarang baru nak reka naratif menghalalkan tindakan kerana naratif itu bukannya satu naratif yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab satu video berjudul ‘Naratif palsu nak menghalalkan DAP. Saya jawab!’ di Facebook rasminya.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata demikian merujuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan bagaimana UMNO harus berkawan dengan DAP.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid mengenai penolakan DAP oleh orang Melayu disebabkan oleh faktor politik adalah sesuatu yang tidak betul.

Advertisements

Jelasnya, UMNO dahulu menolak keras sebarang kerjasama dengan DAP disebabkan oleh idelologi yang dibawa oleh parti tersebut.

“Tok Zahid, Tok Zahid (Ahmad Zahid). Sejak bila pula penolakan DAP ini soal orang Melayu, Cina, kalau soal orang Melayu ada dalam DAP, sekarang Zainal Rampak dulu DAP. Ahmad Nor dulu DAP, Naib Presiden (DAP) lagi.

“Kita orang Melayu semua tidak menerima DAP, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menerima DAP, kerana ideologinya bukan kerana soal bangsa Melayu mahu pun Cina, jangan cuba mereka-reka alasan dan sebab menyembunyikan sebab sebenar,” katanya lagi.

Kata Annuar, ada perkara yang ‘membolehkan’ bekerjasama dengan DAP.

“Saya pun pernah berkata, boleh bekerjasama dengan DAP, waktu zaman Datuk Seri Ismail Sabri pun, ada perkara yang kita boleh bekerjasama, tetapi mengangkat mereka jadi pemimpin memberi kuasa dan sebagainya dalam keadaan ideologinya, dasarnya yang tidak berubah, Malaysia Malaysiannya yang tidak berubah perlembagaannya yang tidak berubah.

“Ia menepati kata Lim Kit Siang, DAP akan mengubah pendekatan tapi tidak akan mengubah ideologi itu, masih DAP sekarang yang ada ini.

“Jadi jangan cuba mereka-rekakan alasan dan naratif yang cuba memesongkan orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tentang DAP,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan