Friday, July 24, 2026

Kebolehan operasi udara Maritim Malaysia diiktiraf

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESTASI yang dipamerkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam mengoperasikan pesawat Heli Airbus AS365 N3 mendapat pengiktirafan.

Maritim Malaysia berkata, pengiktirafan tersebut diberikan Syarikat Airbus Sdn. Bhd. atas kebolehan pesawat milik Maritim Malaysia kendalian Bahagian Operasi Udara (BOU) yang telah menggunakan enjin Airbus dalam menjalankan operasi.

Ujarnya, itu termasuk usaha mencari dan menyelamat (Carilamat), pengawasan maritim, penguatkuasaan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Operasi Khas dan lain-lain.

“Melalui penggunaan enjin Airbus, BOU Maritim Malaysia telah berjaya meningkatkan jangkauan operasi udara serta memperkuatkan keupayaan dalam menjaga keselamatan maritim melalui tugas-tugas penguatkuasaan di perairan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anugerah Pencapaian 15 tahun pengoperasian pesawat Heli Airbus AS365 N3 daripada Syarikat Airbus Sdn. Bhd. itu disampaikan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, semalam.

Ini bersempena penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) yang berlangsung dari 24 hingga 27 Mei ini.

Anugerah berupa plaka dan lencana telah diterima Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim; Pengarah Bahagian Operasi Udara, Kepten Maritim Syed Islam Shahajam serta wakil ketua skuadron dan juruterbang AS365 N3, Leftenan Komander Maritim Tengku Nizam Tengku Zakaria. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan