27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 5, 2023

Bersih persoal amalan lantikan politik dalam GLC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meneruskan amalan pentadbiran sebelumnya dengan membuat pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan berkata, terbaharu adalah lantikan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif di Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), iaitu sebuah syarikat milik kerajaan.

“Perdana Menteri sewajarnya perlu mengambil peluang ini untuk menamatkan lantikan politik yang berdasawarsa lamanya menyebabkan korupsi atau salah urus GLC ini.

“Jadikan proses lantikan ini terbuka dan telus agar rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin berkhidmat untuk negara melalui GLC dan badan berkanun agar dapat memohon,”kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya tidak mempersoalkan kelayakan Wong Chen, atau keupayaan beliau untuk mengetuai syarikat tersebut.

“Bahkan Wong Chen terbukti seoarang Ahli Parlimen yang berkeupayaan dan beliau juga telah dilantik oleh rakan parlimennya untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan, serta menjadi Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPM) Pendanaan Politik.

Baca juga:   Rasional kemasukan pakar perumahan Singapura tumpuan Dewan Rakyat

Tambah kenyataan itu lagi, walaupun Wong Chen telah melalui penapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun, pelantikan ini seharusnya ditapis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) dan wakil rakyat perlu dielakkan sebagai calon bagi jawatan dalam GLC,”katanya.

“Penapisan oleh JPKP akan memastikan hanya individu yang layak dilantik ke jawatan utama GLC dan badan berkanun kerana syarikat itu adalah penjaga kepada kekayaan awam, dan bukannya perniagaan swasta.

Baca juga:   Bersih kesal Anwar jawat Menteri Kewangan, Zahid dilantik TPM

“Pengumuman Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya calon-calon berkelayakan memohon sebagai Pengarah Eksekutif untuk dua GLC di bawah kementerian beliau, Teraju dan Peneraju, perlu diteladani.

” Ia juga boleh dikanunkan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) melantik lembaga GLC dan syarikat berkanun,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh...

Lagi Artikel Berkaitan