26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 26, 2024

DAP perlu hentikan anasir perkauman dalam kempen politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DAP daripada Pakatan Harapan (PH) perlu menghentikan anasir perkauman dalam kempen politik mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan terbaru tokoh DAP, Lim Kit Siang ini langsung tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

“Ia berisiko menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Pilihan raya adalah elemen terpenting demokrasi, bukan elemen yang berisiko meranapkan kebersamaan masyarakat.

“Apakah maksud beliau terdapat golongan kelas pertama, kedua, atau ketiga antara kaum di negara ini?

“Seolah-olah mahu menggambarkan berlaku diskriminasi dalam kalangan kaum di Malaysia.

“Sedangkan semua menyaksikan rakyat berbilang kaum berada di pelbagai peringkat terpenting di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, sosioekonomi, sosiopolitik dan segala-galanya yang menjadi acuan negara ini sejak dulu.

Katanya, BN sebagai contoh merangkumi pimpinan dan ahli parti terdiri daripada pelbagai kaum.

“Parti DAP sendiri sejak sekian lama berada dalam kancah politik Malaysia tanpa sebarang sekatan dan halangan.

“Begitu juga dalam hierarki sektor korporat serta tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Daripada golongan profesional sehingga kepada peserta ekonomi gig. Berhentilah DAP dengan anasir kempen seperti ini,” katanya.

Ujar beliau, Ketuanan Melayu tentang keistimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu sudah termaktub sejak sekian lama tanpa sedikit pun menafikan hak dan peluang kaum lain di bumi Malaysia.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PayNet, Yayasan Khazanah lanjut program biasiswa wakalah

YAYASAN Khazanah dan Payments Network Malaysia (PayNet) meneruskan program pemberian biasiswa kepada para pelajar cemerlang yang beragama Islam dan...

Lagi Artikel Berkaitan