DAP menerima tamparan hebat apabila tewas kesemua lapan kerusi yang ditandingi di bawah Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 hari ini.
Lapan kerusi yang ditandingi parti itu ialah Elopura (Vivian Wong), Sri Tanjung (Philip Yap Wui Lip), Luyang (Chan Loong Wei) dan Luyang (Datuk Phoobg Jon Zhe)
Turut tewas DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang di Kapayan, Tanjung Papat (Tang Szu Ching), Tanjung Aru (Datuk Chan Foong Hin) serta Kemabang diwakili oleh Noorita Sual.
Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sebagai Setiausaha Agung parti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam PRN kali ini.
“Pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan menilai semula segala kelemahan kami serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, pada masa kini DAP Sabah mengharapkan kepada dua wakil di peringkat Parlimen dan mereka akan melipatgandakan usaha serta gerak kerja mereka di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan. — Edisi 9

