24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

UMNO, Pas perlu kembali ke meja rundingan demi rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPIMPINAN tertinggi UMNO dan Pas perlu kembali ke meja rundingan demi rakyat dan akar umbi di samping kestabilan dan kemakmuran Islam dan semua bangsa di Malaysia.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, jika diikutkan Muafakat Nasional (MN) adalah muafakat antara Pas yang mewakili Gagasan (Pas, Ikatan dan Berjasa) dan UMNO yang mewakili Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS).

“Manakala PN hanya dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan iaitu Bersatu, Pas, Gerakan dan STAR.

“Dari segi struktur organisasi sahaja, MN lebih baik dan berstruktur dari PN apalagi dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera.

“Tidak ada ruginya, MN menjadi tunjang menuju Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muqharabbin berkata, ditambah dengan kejayaan kedua-dua parti yang bertungkus lumus dalam memenangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dan juga beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini memberikan petunjuk yang jelas.

“Dengan pengertian lain, ia bermaksud tanpa pengukuhan MN, kerajaan PN tidak dapat dipertahankan,” katanya.

Di samping itu, katanya, beliau banyak bertanya kepada orang-orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain, mereka jelas lebih selesa dengan MN.

“Mereka jawab, setelah 22 bulan PH perintah, mereka bukan nak stabilkan negara, tetapi mengambil jalan membalas dendam dan merosakkan ekonomi dan kestabilan kaum.

Baca juga:   Indonesia sahkan Sriwijaya Air SJ182 terhempas
Baca juga:   Seronok boleh makan di restoran mamak tapi jangan lupa SOP

“Ada yang bagitahu, walau BN tidak sempurna, tapi setelah apa yang terjadi selepas PH perintah, mereka lebih nampak mana kaca, mana permata dan akhirnya mereka terjemahkan undi kekalahan demi kekalahan PH semasa PRK di beberapa negeri.

“Sehubungam dengan itu, saya amat berharap agar kepimpinan besar kedua-dua parti, demi rakyat dan akar umbi, kembalilah semula ke meja rundingan demi kestabilan dan kemakmuran Islam dan semua bangsa di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Institusi TVET KPLB digesa perhebat kerjasama dengan industri – Mahdzir

INSTITUSI Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>