27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

UMNO ambil sikap ‘husnuzon’ terhadap MN – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO akan mengambil sikap ‘husnuzon’ (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Dalam pakatan besar ini, terdapat 20 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak… Yang penting kukuhkan ini dahulu.

“Soal MN bergantung kepada siapa yang akan memimpin parti, yang ambil jalan untuk ‘mufarakah’ (keluar), tapi mungkin jika ada pertukaran pemimpin, hala tuju akan berubah,” katanya selepas Sesi Pengenalan Calon Pemilihan UMNO Peringkat Negeri Terengganu, semalam.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini MN yang dibentuk pada 2019 melibatkan kerjasama atara UMNO dan PAS.

Ditanya adakah MN telah berkubur, beliau berkata, ia masih di air tapi sama ada masih timbul atau tenggelam bergantung kepada kekuatan kakinya yang telah patah.

Baca juga:   Mayat warga emas ditemui mereput

“Dulu patah sebelah, sekarang patah satu lagi,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, pada masa ini pihaknya akan terus mengambil pendekatan berfikiran secara progresif demi kepentingan ummah. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan...

Lagi Artikel Berkaitan