23.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Polis siasat video tular ceramah hina institusi diraja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor menerima 16 laporan berhubung satu video yang memaparkan ceramah berunsur penghinaan terhadap institusi diraja yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung satu video berdurasi 31 saat itu.

Menurutnya, menerusi video itu, ia memaparkan seorang penceramah lelaki membuat kenyataan didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap institusi diraja.

“Siasatan kes ini dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar Kamarul Zaman lagi, bagi perbuatan menghasut, individu boleh dipenjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, manakala bagi perbuatan membuat kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara, individu boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mendatangkan kegentaran awam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan