24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

2 lelaki dalam video tular samun peniaga sudah ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VIDEO tular kes samun membabitkan seorang peniaga di Puteri Harbour, Johor, sejak semalam merupakan kejadian Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan video tular mengenai samun itu semalam, bagaimanapun tangkapan sudah dibuat Isnin lalu.

Malah menurut beliau, tangkapan dua lelaki juga telah dibuat pada hari yang sama kejadian.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, suspek pertama ditahan pada pukul 10.15 pagi di Horizon Hill manakala suspek kedua ditahan pukul 9 malam, hari yang sama di Gelang Patah.

“Hasil siasatan, suspek mengaku terbabit dalam kes yang berlaku pada pukul 9.45 pagi itu dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunakan parang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Rahmat berkata, pihaknya berjaya merampas semula RM10,000 yang disamun daripada mangsa yang berniaga secara dalam talian itu.

Advertisements

“Kita juga merampas senjata dan kenderaan yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala akibat ditetak dan dirawat di hospital swasta di sini, dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 45 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau itu kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan sejenayah yang dipercayai terdapat tiga lagi yang masih bebas.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan