30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Isu gangguan sistem idMe di Dewan Rakyat hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) yang didakwa sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru dijangka dibangkitkan di mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bertanyakan sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan teknikal audit ke atas sistem berkenaan dan tindakan terhadap syarikat vendor yang gagal pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) bertanyakan Menteri Komunikasi dan Digital sama ada kementerian itu berhasrat meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, untuk memastikan ia tidak disalah guna.

Dalam pada itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) bertanyakan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu lebih banyak syarikat startup (permulaan) supaya mereka dapat berjaya dan mewujudkan unicorn yang boleh dibanggakan di Malaysia.

Baca juga:   Polis trafik ditahan pandu lawan arus, dipercayai mabuk

Dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 turut dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama, hari ini.

Mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi hari keempat melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. – BERNAMA

Baca juga:   Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital di Dewan Rakyat

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan