NAPOLI menepati ramalan layak ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah apabila menumpaskan Eintracht Frankfurt 3-0 awal pagi tadi sekali gus mara dengan agregat 5-0.
Victor Osimhen muncul wira Napoli apabila meledak dua gol sementara satu lagi gol disumbangkan Piotr Zielinski sekali gus membawa Napoli ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab.
Membawa bekalan selesa selepas menang 2-0 pada aksi pertama di Jerman, Napoli terpaksa menunggu sehingga waktu kecederaan babak pertama sebelum mencipta gol pertama menerusi jaringan Oshimhen.
Penyerang berasal dari Nigeria itu menambah gol kedua peribadi selepas rehat apabila menyudahkan hantaran kapten, Giovanni Di Lorenzo untuk menjadi kedudukan 4-0 secara agregat.
Zielinski menambah gol ketiga tuan rumah pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti selepas pemain tengah Poland itu dikasari Djibril Sow dalam kawasan penalti.
Kemenangan ini menyaksikan Napoli mengiringi dua lagi wakil Itali, Inter dan AC Milan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. – Edisi 9