26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Liverpool tersingkir, gagal cipta kebangkitan di Bernabeu

Mesti Baca

IMPIAN penyokong Liverpool untuk melihat pasukan mereka melakar kebangkitan di Santiago Bernabeu tidak kesempaian apabila tumpas 1-0 kepada Real Madrid awal pagi tadi.

Tewas 5-2 di Anfield sebelum ini, anak buah Jurgen Klopp tersingkir dari saingan Liga Juara Juara Eropah menerusi agregat 6-2 kepada Real.

Jaringan tunggal penyerang lagenda, Karim Benzema pada minit ke-78 cukup untuk membawa skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ke pusingan suku akhir.

Ini merupakan merupakan kali ketiga berturut-turut The Reds disingkirkan Real dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Pada musim 2020-21, Real menewaskan Liverpool di suku akhir, musim 2021-22 (final) dan 2022-23 (16 terakhir).

Kelab gergasi Sepanyol ini juga mencipta rekod layak ke suku akhir buat kali ke-19 dalam sejarah kejohanan, hanya Bayern Munich sahaja mempunyai catatan lebih baik dengan 21 penampilan.

Baca juga:   Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa banjir Baling

Sementara itu, kekalahan awal pagi tadi merupakan rekod kekalahan secara agregat terbesar kelab Merseyside itu dalam peringkat kalah mati Liga Juara Juara. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan