26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Malaysia sedia bekerjasama dengan Maldives dalam bidang pelancongan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Maldives di dalam bidang pelancongan dan kebudayaan.

Zambry berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika bertemu dengan rakan sejawat beliau dari Maldives, Abdulla Shahid di London.

“Pada tahun ini, Malaysia dan Maldives meraikan ulangtahun ke-55 penubuhan hubungan diplomatik.

“Sejak 1968, hubungan dua hala kita semakin kukuh dengan Maldives di atas faktor kesamaan nilai budaya dan agama.

“Semasa pertemuan ini, kami telah membincangkan pelbagai perkara terutamanya usaha untuk meningkatkan ketersambungan bagi mengeratkan hubungan dan merancakkan interaksi di antara rakyat Malaysia dan Maldives.

“Saya juga telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Maldives di dalam bidang pelancongan dan kebudayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Dr Zambry, mereka juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu-isu global dan rantau yang berkepentingan bersama.

Baca juga:   Gara-gara baju raya seksi, Lizzy teruk diusik netizen 'gatal'

“Kami sependapat bahawa Malaysia dan Maldives harus terus bekerjasama rapat bagi menjaga keamanan dan kestabilan rantau ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Individu disyaki zalimi kucing dituduh hari ini

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing di sebuah kondominium di Cheras, minggu...

Lagi Artikel Berkaitan