25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Turkiye diuji lagi, 14 maut dalam banjir kilat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TURKIYE yang sebelum ini musnah dilanda gempa bumi diuji lagi apabila dilanda banjir kilat sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 14 mangsa.

Memetik laporan BBC, antara mangsa yang maut adalah mereka yang terselamat daripada gempa bumi sebelum ini yang  tinggal di rumah kontena sejak bencana itu melanda.

Visual yang dirakam menunjukkan banyak kenderaan  terhempas di atas air banjir melalui jalan-jalan raya di Sanliurfa, lokasi di mana 12 orang maut; manakala sebuah kontena yang menempatkan dua keluarga di Adiyaman pula terperangkap dalam banjir.

Seorang wanita yang tinggal di dalam kontena itu adalah antara dua orang yang terbunuh di bandar itu. Beberapa orang lagi dilaporkan hilang, sementara penempatan khemah di situ telah dipindahkan.

Bencana terbaharu itu berlaku hanya lima minggu selepas gempa bumi berkembar pada 6 Feb lalu, yang telah mengorbankan 48,000 nyawa dan ramai hilang tempat tinggal.

Organisasi mencari dan menyelamat Afad berkata bahawa dalam satu tempoh 24 jam, 136 milimeter (5.4 inci) hujan telah turun di satu kawasan wilayah Adıyaman dan 111mm (4.4in) di Sanliurfa, yang menyaksikan satu pertiga daripada hujan tahunannya dalam dua yang lalu.

Gabenor Sanliurfa, Salih Ayhan dalam satu kenyataan berkata, wilayahnya tidak pernah melihat banjir seperti itu dan pegawai kerajaan merayu kepada penduduk untuk mengosongkan tingkat bawah dan ruang bawah tanah rumah.

Advertisements

Sementara mayat lima individu  ditemui di pangsapuri bawah tanah dan media Turki berkata mereka adalah warga Syria.

Mayat juga ditemui dari laluan bawah tanah di persimpangan jalan utama Abide.

Beberapa orang telah diseret air banjir kilat ketika berada  dalam kenderaan masing-masing akibat arus air banjir dan orang ramai yang cuba membantu mereka yang terkandas telah dihanyutkan.

Rakaman dramatik video menunjukkan  mengenai seorang lelaki ditarik keluar dari arus deras air banjir di Sanliurfa oleh seorang warga  tempatan yang menjuntai tali dari tingkap di tingkat bawah, yang mana penyelamatan serupa berlaku di persimpangan Abide.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang sedang bergelut dengan kesan gempa bumi bulan lalu, menghadapi pilihan raya pada 14 Mei telah menghantar Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu, ke kawasan terbabit banjir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan