23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

KeTSA tidak setuju pewartaan keluar HSKLU

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara dasarnya tidak bersetuju terhadap tindakan pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) khususnya di peringkat awal cadangan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kementerian juga telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara itu tahun lalu.

Beliau berkata, KeTSA memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang melibatkan kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63 hektar. 

“Ini kerana sehingga tahun 2019, data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menunjukkan jumlah kawasan berhutan Negeri Selangor adalah pada 31.74 peratus.

“Kementerian juga mengambil maklum penggantian seluas 579.64 hektar melibatkan empat kawasan hutan berasingan.

“Ia membabitkan Hutan Simpan Sungai Panjang (308.62 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Barat (149.96 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Timur (57.18 hektar) dan Hutan Simpan Broga (63.88 hektar) sebagai Hutan Simpanan Kekal,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Baca juga:   1,246 pelajar tajaan MARA ke luar negara mulai bulan depan

Berikutan perkara ini, beliau berkata, pihaknya telah mengesyorkan agar kawasan gantian tersebut terus dilindungi dan dipulihara bagi memastikan kawasan berhutan di Negeri Selangor dikekalkan. 

Takiyuddin berkata, Kerajaan Negeri Selangor diharap supaya memastikan kawasan hutan yang telah diwarta keluar tersebut dibangunkan dengan bertanggungjawab dan mengambil kira amalan pembangunan lestari.

“Ini bagi memastikan pembangunan yang bakal  dilaksanakan tidak mengganggu gugat kawasan hutan dan ekosistem yang terletak bersebelahan, mahupun kehidupan masyarakat setempat khususnya masyarakat  Orang Asli,” katanya.

Baca juga:   PM baharu perlu segera usul undi percaya - Agong

Katanya, Malaysia komited dalam memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan selaras dengan komitmen yang dinyatakan di peringkat antarabangsa. 

Jelasnya lagi, pemeliharaan kawasan berhutan adalah penting disebabkan oleh peranannya dalam memberikan perkhidmatan ekosistem kepada kesejahteraan hidup masyarakat. – Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan