32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

Annuar akan bawa usul beri kelonggaran kepada industri kreatif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa akan mengusulkan pertimbangan sewajarnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan kelonggaran diberi kepada industri kreatif.

Annuar berkata, beliau mendengar rintihan penggiat seni yang sudah lama “lemas” dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyambung semula pekerjaan mereka.

“Jadi saya akan mengusulkan pertimbangan sewajarnya kepada pihak MKN agar industri “kian tenat” ini segera dipulihkan,”katanya menerusi ciapan di Twitter di sini.

Menurut beliau, para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dengan PKP.

“Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan SOP tertentu, khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksinasi. Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,”katanya.

Setakat hari ini, penggiat seni tidak dibenarkan melakukan kerja utama mereka iaitu penggambaran terkecuali di negeri-negeri fasa dua dan ke atas.

Baca juga:   Lagi insiden terjun jambatan pertama Pulau Pinang

Sementara itu, kebanyakan sektor lain sudah diberi lampu hijau untuk beroperasi di negeri fasa satu.- Edisi 9

Terkini

Kerajaan sedia geran tahunan RM4juta kepada MTUC

KERAJAAN bersetuju menyediakan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program kesedaran dan...

Lagi Artikel Berkaitan