26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Rakyat boleh ‘hidu’ salah guna pemimpin PN sejak PKP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT sudah lama nampak dan boleh ‘hidu’ salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) sejak parti itu berkuasa, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat lagi.

Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berkata, salah guna kuasa itu boleh dilihat apabila diberi kontrak berbillion ringgit secara rundingan terus, dan PN berbelanja besar ketika pilihanraya.

“Anak kecil pun boleh melihat ada sesuatu yang tidak kena dan boleh mengagak yang jika siasatan dilakukan akan ada yang jadi kluster mahkamah.

“Dan saya kata puak-puak kamu akan jadi Kluster Mahkamah 2.0 sejak sebelum Pilihanraya Umum Ke- 15 (PRU15) lagi.

“Nasihat saya, carilah hujah yang lebih baik, Azmin. Kenyataan kamu semalam tersebut seolah kebudak-budakan. Kamu kata kamu sudah lama dalam politik. Takkan ini yang terbaik kamu boleh berhujah untuk membela Muhyiddin?(Tan Sri Muhyiddin Yasin),”sindir beliau menerusi hantaran di Facebook beliau.

Isham berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin, semalam yang mempertahankan dakwaan dibuat pemimpin-pemimpin Bersatu dan PN berkaitan pendakwaan terhadap bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di mahkamah.

Mohamed Azmin mempertahankan dakwaan bahawa UMNO yang menjadi dalang di belakang penahanan pemimpin-pemimpin Bersatu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isham berkata, semalam Mohamed Azmin kata kononnya UMNO yang menjadi dalang di belakang penahanan pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh SPRM.

“Ini kerana katanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dan saya) telah buat kenyataan yang pemimpin Bersatu akan menjadi kluster mahkamah lebih awal.

“Kata Mohamed Azmin lagi ia kerana sebelum ini saya telah buat kenyataan di media menyuruh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk fokus kepada kes-kes rasuah mereka yang bakal dihadapi dan usah sibuk soal parti lain.

Advertisements

“Mohamed Azmin juga kata ini berdasarkan fakta report polis yang telah dibuat oleh Armada Bersatu iaitu sebab Presiden UMNO kata yang mereka (PPBM) akan jadi kluster mahkamah, oleh itu kononnya UMNO lah yang salah atau menjadi dalang bila pemimpin-pemimpin PPBM ditahan.

“Mohamed Azmin juga persoal kenapa hanya pemimpin PPBM sahaja yang ditahan dan mengapa pemimpin UMNO tidak ditahan walhal projek Jana Wibawa itu katanya diteruskan ketika pemimpin UMNO jadi PM selepas Muhyiddin.

Sehubungan dengan Isham yang menyangkal semua dakwaan terbabit meminta supaya Mohamed Azmin jangan menyalahkan orang lain.

“Apabila kamu atau rakan-rakan kamu kena tangkap atas kes rasuah, usah salahkan orang lain yang boleh mengagak lebih awal yang kamu bakal didakwa.

“Laporan polis itu dibuat oleh sayap parti kamu sendiri. Asas laporan mereka pun samalah seperti hujah kamu di atas, iaitu menyalahkan orang lain ke atas kes rasuah sendiri.

“Jika kamu mencuri dan ada orang boleh mengagak dan kata kamu akan didakwa dan akan masuk penjara kerana mencuri, ia tidak bermakna orang itulah menjadi dalang apabila kamu kena tangkap polis.

“Ia hanya menunjukkan yang orang itu ada “common sense”. Jika kamu salahkan orang itu, samalah seperti kamu salahkan polis atau SPRM kerana tangkap kamu dan menjadi “dalang” pendakwaan kamu oleh pendakwaraya di mahkamah. Ini dangkal,”katanya.

Ujar beliau lagi, pemimpin PPBM dan bukan pemimpin UMNO yang didakwa sebab duit “kickback” dan rasuah dari projek Jana Wibawa itu masuk ke dalam akaun PPBM dan pemimpin PPBM bukannya ke dalam akaun UMNO atau akaun pemimpin UMNO.

“Takkanlah jika kamu atau rakan kamu yang makan rasuah, UMNO juga yang salah?,”soal Isham. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan