26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: RM250,000 peruntukan disalur kepada 5 daerah di Johor

Konsesi persekutuan dan negeri juga telah diarah untuk membantu dari segi kawalan trafik dan tindakan bagi memantau keadaan semasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERUNTUKAN sebanyak RM250,000 akan disalurkan dengan serta-merta kepada lima daerah di Johor yang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlaku sejak awal malam tadi.

Lima daerah berkenaan membabitkan daerah Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tangkak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian peruntukan berkenaan antara langkah yang diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan disalurkan bagi kegunaan jurutera daerah mengikut keperluan yang terdesak.

“Selain itu, bilik gerakan bencana di peringkat daerah dan negeri telah diaktifkan serta-merta pada pukul 8 pagi tadi dan status jalan terjejas akan dikemaskini secara berkala.

“Konsesi persekutuan dan negeri juga telah diarah untuk membantu dari segi kawalan trafik dan tindakan bagi memantau keadaan semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihak JKR juga sedang menyenaraikan kerosakan dan mengumpul keperluan peruntukan bagi membaiki jalan-jalan persekutuan yang terjejas untuk dimajukan ke Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR.

“Bagi jalan-jalan yang terjejasakan dimaklumkan dalam media sosial dari semasa ke semasa,”katanya.

Alexander berkata, beliau amat prihatin dengan kejadian banjir yang melanda beberapa daerah di Johor dan Pahang sejak malam semalam.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap semua penduduk yang terjejas mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan diri dan keluarga tersayang.

“Saya juga menyeru semua pengguna jalan raya untuk merujuk kepada portal rasmi pengurusan bencana JKR di http://bencanaalam.jkr.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini dan laluan alternatif yang selamat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan