25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dr. Masliha miliki visi jelas jika ketuai Puteri UMNO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CALON Ketua Puteri UMNO, Dr. Masliha Harun yakin mendapat sokongan daripada puteri-puteri UMNO seluruh Malaysia bagi menerajui kepimpinan Puteri UMNO bagi penggal 2023-2026.

Dr. Masliha berkata, selepas menjelajah dan bertemu dengan sebahagian besar kepimpinan Puteri UMNO di seluruh bahagian dan negeri, beliau menerima respons sangat positif terutama daripada anak muda, Puteri baharu, mahasiswa serta perwakilan.

Katanya, Pelan ‘REVU‘ iaitu peremajaan (rejuvenation), pemerkasaan (empowerment), suara (voice) dan perpaduan (unity) yang ditawarkan akan menarik lebih ramai anak muda.

“Kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan apa cara sekali pun demi untuk parti, agama dan bangsa.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan Ketua Puteri UMNO,  Datuk Zahida Zarikh Khan dan juga Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan,  Norbhaiti Sabar yang turut membantu dalam siri jelajah kempen tersebut.

Advertisements

“Di bahagian Lembah Pantai pun, tiada pertandingan yang mana Noryana Najib telah menang sebagai Ketua Puteri UMNO cawangan yang baharu.

“Jadi, mudah buat saya untuk terus bergerak bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di negeri lain bagi mendapatkan sokongan dan menyatakan hasrat untuk bertanding,” katanya.

Dr. Masliha merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai bagi penggal 2018-2023.

Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai tiga klinik di sekitar Lembah Klang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan