26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Rafizi, kamu tak faham bahasa, saya mahu debat – Isham

Mesti Baca

BEKAS Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil menjelaskan beliau menolak pelawaan Rafizi Ramli untuk menjadi tetamu podcast Yang Bakar Menteri kerana tidak mahu buang masa mendengar Menteri Ekonomi itu berceloteh dan mempopularkan segmen tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, apa yang dimahukan ialah dia dan Rafizi mengadakan debat di tempat berkecuali, dengan moderator berkecuali dan di hadapan khalayak umum.

“Saya sudah ajak kamu debat beberapa kali dan kamu takut untuk berdebat dengan saya.

“Yang kamu berani ialah ajak orang masuk kampung kamu macam samseng kampung dusun ajak bergaduh di gelanggang sendiri tetapi bila diajak debat di tempat neutral kamu takut,” tegasnya melalui Facebook beliau.

Isham menjawab kenyataan Rafizi melalui platform X yang mendakwa Isham menolak pelawaannya untuk menjadi tetamu podcast anjurannya.

Katanya, sebelum ini beliau sanggup masuk penjara kerana mendedahkan skandal 1MDB jadi tidak ada alasan untuknya mengelak hanya sekadar podcast.

Advertisements

Berang dengan kenyataan seolah-olah menyindir tersebut, Isham menganggap Rafizi “tidak faham bahasa.”

“Rafizi, kan saya sudah cakap beberapa kali saya mahu debat bukan mahu datang podcast kamu dengar kamu celoteh berjam-jam. Itu buang masa. Kamu tak faham bahasakah? Dan buat apa saya nak popularkan podcast kamu? Itu lagi buang masa,” katanya.

Sehubungan itu, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu menjemput sekali lagi Rafizi untuk berdebat dengannya.

“Kamu bentangkan formula-formula kamu dan saya bentangkan solusi-solusi saya secara live kepada seluruh rakyat Malaysia dan kemudian kita berhujah di gelanggang yang sama rata.

“Banyak pihak telah maklumkan saya yang mereka sedia untuk menjadi hos debat ini.

“Jika kamu berani jawab segera. Kamu pun sudah keluar hospital lama, harap jantung dan kesihatan kamu sudah baik dan jangan beri banyak alasan lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan